Selasa, 3 Mei 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL KESEDIHAN

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Disiplinkan diri untuk belajar melupakan kesemua memori atau kenangan pahit dalam kehidupan. Perkara ini agak sukar untuk dilaksanakan sekaligus tetapi perlulah berusaha sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan anda.

2. Buang Sikap Risau.
Terdapat dua kesan dari sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang kala takut. Untuk membuang sikap risau, belajarlah untuk bertenang dan latih diri anda untuk mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur. 
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih mempunyai 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun dari tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami anda dan mempunyai telefon bimbit kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, dan seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam jiwa anda. Buat banyak kali dalam sehari. 


4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri pada masa lalu ataupun anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu, ataupun anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Maka, belajarlah menjadi pemaaf untuk mendapatkan ketenangan dalam kehidupan seharian.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. 


Ketawa dapat menghilangkan sedih. Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biarlah ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. 


6. Ubah Fikiran 
Kita tidak mampu mengubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh mengubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Maka, segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik. Jika anda fikir yang buruk, anda akan dapat yang buruk juga. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat (hukum Law Of Attraction).


7. Hati Mesti ‘Keras’. 
Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Jadi, hadapilah setiap ujian itu dengan mengeraskan hati iaitu dengan kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.

8. Pasang Niat
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Tiada ulasan: